Profil

SHAHNON AHMAD

(Shanon bin Ahmad, Haji, Datuk, Pejuang Sastera, Profesor Emeritus, Sasterawan Negara, Juwahir,  Tutang)

LAHIR : 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah Darul Aman.

ALAMAT : 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

 

SHAHNON AHMAD sebagai pengarang tidak payah diperkenalkan lagi dalam kesusasteraan Melayu.  Beliau bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong, atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana di Universiti Sains Malaysia, tetapi kerana beliau adalah seorang penulis berbakat, serius dan mempunyai falsafahnya sendiri.  Shahnon bukan menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya untuk bersastera semata- mata, tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa mencuba memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam fikiran untuk memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran.

Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun, beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar.  Beliau adalah seorang penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar masyarakat bangsanya.  Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik, ekonomi, dan sosial menekan yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.  Dan inilah salah satu sebab yang mendorong beliau meningkat daripada pemikiran membela orang yang tidak berupaya yang berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila berhadapan dengan kekuatan manusia lainnya.

Pendidikan awal yang diterimanya ialah di sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V dalam tahun 1946.  Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan  Abdul Hamid, Alor Setar, hingga lulus Sijil Persekolahan.  Beliau menjadi guru dan mengajar di Grammer English School, Kuala Terengganu pada tahun 1954.  Dari tahun 1955 hingga tahun 1956, beliau bertugas sebagai Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan.  Satu kemalangan telah menyebabkan beliau berhenti daripada lapangan tentera dan bertugas semula sebagai guru dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah dari tahun 1957 hingga tahun 1959.

Pada tahun 1960, Shahnon menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid hingga tahun 1963.  Kemudian beliau berpindah ke Jenan, mengajar sastera di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim hinggalah ke tahun 1967.

Pada tahun 1968, beliau berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai pegawai penyelidik di Australian National University (ANU).  Beliau mengambil kesempatan itu untuk terus menuntut di ANU sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1971.  Sekembalinya ke tanah air, Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dan tidak lama selepas itu, ditawarkan berkhidmat di Universiti Sains Malaysia sebagai pensyarah dalam tahun 1974.  Di sinilah beliau memperoleh Sarjana Sastera pada tahun 1975.  Shahnon kemudiannya dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan sejak awal tahun 1979.  Mulai Jun 1980, Shahnon dilantik sebagai Profesor Sastera Universiti Sains Malaysia.  Pada tahun 1982, Shahnon dilantik pula menjadi profesor penuh di universiti yang sama.  Kemudian Shahnon dilantik menjadi Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

Shahnon Ahmad dalam kesusasteraan Melayu moden merupakan tokoh penulis yang penting dan yang amat banyak diperkatakan.  Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan selepas itu, terus bergiat dalam dunia penulisan terutama cerpen, novel, dan esei serta kritikan.  Walaupun Shahnon telah meneroka hampir kesemua bidang penulisan, tetapi beliau mengaku bahawa menulis puisi dan drama dirasakannya amat canggung.  Kekuatan beliau ternyata terletak dalam penulisan cerpen dan novel dan akhir-akhir ini pula dalam bidang esei dan kritikan.

Beliau mulai giat menulis dan mulai terkenal sejak tahun 1956 lagi iaitu dengan tulisannya yang berbentuk cerpen, esei, dan kritikan.  Persoalannya yang dapat dilihat melalui cerpen-cerpennya pada peringkat awal ialah persoalan yang berunsur sinis dan seks.  Cerita-cerita yang dikemukakan lebih banyak menyingkap penderitaan manusia desa dan kehidupan di kota-kota.  Tidak lama kemudian Shahnon menjadi lebih terkenal sesudah menghasilkan novel pertamanya berjudul Rentong pada tahun 1965. Rentong merupakan novel Shahnon yang amat jelas menunjukkan bakatnya yang besar sebagai novelis.  Sesudah menghasilkan novel keduanya berjudul Terdedah,  Shahnon melahirkan pula Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pembaca serta para pelajar, dan telah dijadikan teks sastera tingkatan enam untuk beberapa tahun.  Novel ini telah diangkat menjadi sebuah filem dalam tahun 1983.

          Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong dapat dianggap sebagai kemuncak daripada kegiatan penulisan novel Shahnon Ahmad.  Ranjau Sepanjang Jalan telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn.  Panel The Sydney Morning Herald pada tahun 1973 telah menempatkan novel ini sebagai satu daripada 10 novel yang memikat hati untuk tahun 1972.

Shahnon menggemari karya beberapa orang penulis luar negeri, antaranya termasuklah karya-karya Pramoedya Ananta Toer dan Patrick White.  Karya-karya Pram digemari kerana kekuatan bahasanya sementara karya Patrick White kerana kehidupan desa yang diutarakannya.

Konsep perjuangan Shahnon terlihat dalam kebanyakan tulisannya dan konsepnya ini pula pernah dilahirkannya dalam kata alu-aluannya pada sebuah antologi puisi GATRA, Kebangkitan, berbunyi:  Kami adalah bangsa Melayu, dalam perjuangan menegakkan identiti melalui sastera.

Daripada riwayat hidup Shahnon, kita sekali gus dapat mengenal latar belakang novel-novel yang dihasilkannya.  Melalui Rentong misalnya kita melihat bahawa Shahnon cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan pembangunan.  Shahnon Ahmad melahirkan simpatinya yang melimpah terhadap perjuangan kaum tani yang miskin di kampungnya Banggul Derdap.  Terdapat kepadatan teknik dan isi yang baik dalam beberapa buah novelnya dan pembaca dapat merasakan keharuan daripada konflik-konflik yang dilalui oleh watak-watak seperti Dogol, Semaun, Pak Senik, Jeha, dan Lahuma.

Kekuatan Shahnon dalam karya-karyanya ialah kekuatan sensitiviti dan imaginasinya sebagai seniman yang berhasil menangkap segala konflik jiwa orang kampung.  Dalam mengabdikan kehidupan desa yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya, lukisan-lukisan alam dan suasana Banggul Derdap menjadi hidup dan bererti.  Suatu keistimewaan yang kita dapati dan nyata daripada penyorotan Shahnon terhadap petani-petani miskin ialah bukan maksud dirinya meletakkan segala kesalahan kepada pemerintahan seperti yang sering dikemukakan oleh pengarang-pengarang ASAS 50 dalam waktu kegemilangan angkatan tersebut dulu.  Beliau melihat orang kampung dengan segala kesederhanaan mereka untuk mencari rezeki yang halal, di samping menyerahkan dirinya bulan-bulat kepada Allah Azzawajalla.  Segala musuh tanaman mereka datangnya daripada Allah dan kepada Allah jugalah mereka meminta perlindungan.

Dalam pada itu, Shahnon ada juga mengetengahkan tema-tema berat, ketuhanan seperti dalam Protes dan soal politik orang Melayu dalam Menteri dan Perdana.   Apa yang ketara dalam setiap karyanya ialah penggunaan gaya bahasa dan teknik penulisan yang bersahaja.  Beliau banyak menggunakan perbandingan-perbandingan yang asli, kata-kata loghat Kedah dan perulangan ayat supaya dapat meninggalkan kesan.  Kata-kata itu dipilih demikian rupa hingga dapat menggambarkan suasana dan mood cerita dalam diri pembaca.

Pada tahun 1973, terbit sebuah lagi novel Shahnon berjudul Serengenge. Pihak Panel Hadiah Karya Sastera telah memilih novel ini sebagai novel terbaik untuk tahun 1973. Srengenge memperlihatkan suatu usaha mencari sintesis antara kepercayaan tradisi dengan ilmu psikologi moden.  Selain itu, teknik pemindahan dan dengan ilmu psikologi moden.  Selain itu, teknik pemindahan dan pertukaran sudut pandangan daripada satu watak kepada satu watak yang lain untuk melukiskan peristiwa-peristiwa yang berlaku secara imbas kembali merupakan suatu pembaharuan yang cuba dilakukan oleh Shahnon.  Pada tahun 1985, lahir pula novel Shahnon yang terbaru berjudul Al-Shiqaq I.

Dalam bidang cerpen, beberapa buah karya Shahnon telah dipilih memenangi Hadiah Karya Sastera.  Sekurang-kurangnya sebanyak tiga buah kumpulan cerpen persendirian beliau telah diterbitkan iaitu Anjing-anjing, Debu Mereh, dan Selesai Sudah. Di samping itu, cerpen Shahnon telah juga diterbitkan dalam beberapa antologi bersama.

Beliau telah beberapa kali memenangi hadiah RM100.00 untuk cerpen yang tersiar dalam Berita Harian dan Mastika dalam tahun-tahun 1960-an.  Pada tahun 1974, Shahnon memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang esei dan kritikan pula.

Pada tahun 1975, Shahnon telah dilantik menjadi salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera.  Beliau telah dianugerahi gelaran `Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri pada tahun 1976.  Dalam tahun 1982, Shahnon telah dianugerahi pula Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan dan mulai tahun 1983, Shahnon dilantik semula sebagai Panel Hakim Hadiah Karya Sastera.  Seperti yang terlihat sehingga kini, Shahnon adalah penulis yang sukar ditandingi bakat dan kesungguhannya dalam berkarya.  Beliau bukan sahaja menulis dalam banyak bidang malah berbicara tentang banyak hal dan sejak akhir-akhir ini, Shahnon mula berminat menukar pokok persoalan penulisannya daripada masalah cerita hidup masyarakat desa kepada hal-hal yang menyentuh keislaman dalam dunia kesusasteraan.  Polemik Shahnon dengan Kassim Ahmad mengenai takrif sastera Islam disiarkan dalam majalah Dewan Sastera untuk beberapa keluaran pada tahun 1984.

Shahnon telah dianugerahi Darjah Kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk’ daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dalam tahun 1980.  Pada 11 September 1993, Shahnon Ahmad dianugerahi gelar Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia.

KARYA

Novel

:

Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.; Terdedah, Melaka      : Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.; Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur:  Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm.; Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.; Prostes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.; Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm.; Srengenge, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 233 hlm.; Sampah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 65 hlm.; Kemelut, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 156 hlm.; Seluang Menodak Baung,  Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 304 hlm.; Al-Syiqaq I, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 427 hlm.; Tunggul-tunggul Gerigis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 (Edisi Sasterawan Negara, 1990), 305 hlm.; Patriarch, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi Sasterawan Negara, 1995), 227 hlm.; Ummi & Abang Syeikhul, Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992, 145 hlm.; TIVI, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 117 hlm.; Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 252 hlm.; Sutan Baginda, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 115 hlm.; Stumps (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 (cet. 2), 334 hlm.
Cerpen

:

Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 190 hlm.; Anjing-anjing, Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1964, 100 hlm.; Perajurit yang Pulang (antologi bersama), Melaka:  Penerbitan Abbas Bandung, 1964, 132 hlm.; Debu Merah, Melaka:  Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 221 hlm.; Angin Retak (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 177 hlm.; Konflik (antologi bersama), Alor Star; Penerbitan Pustaka Utara, 1967, 118 hlm.; Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama) Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.; Selesai Sudah, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1977, 164 hlm.; Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 hlm.; Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm.; Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.; Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.; Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), Petaling Jaya:  Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 286 hlm.; Seketul Hati Seorang Pemimpin, Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 346 hlm.; Takah Demi Tokoh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 346 hlm.
Drama : Anak Rempang Karam di Kota, Alor Setar: Penerbitan Pustaka Maha, 1968, 126 hlm.
Kajian : Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966, 26 hlm.; Penglibatan dalam Puisi, Kuala Lumpur:  Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1978, 194 hlm.; Gubahan Novel, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 147 hlm.; Kesusasteraan dan Etika Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1981, 113 hlm.; Detik-detik Diri di Daerah Daif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 167 hlm.; Kesusasteraan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 183 hlm.; Sastera Sebagai Sismograf Kehidupan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 566 hlm.; Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 161 hlm.’ Literature As a Seismograph of Life (Terjemahan Hawa Abdullah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 445 hlm.; Pongang Sastera, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 209 hlm.
Esei/Kritikan

:

Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 – 1972 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 419 hlm.; Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.’ Sastera dan Sasterawan (antologi bersama), Kuala Lumpur:  Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, 259 hlm.; Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPIM, 1980, 10 hlm.; Imej dan Cita-cita: Kertas Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 374 hlm.; Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 357 hlm.; Sastera dan Agama (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 130 hlm.
Wawancara

:

Wawancara Sastera (disusun oleh A. M. Thani), Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367 hlm; Mohd. Yusof Hasan, Shahnon Ahmad, Ahmad Kamal Abdullah (Peny.), Jambak I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 181-206.

SUMBER: Dewan Bahasa & Pustaka

SHAHNON AHMAD – BIODATA

 

Lahir : 13 Januari 1933
Tempat Lahir : Kampung Banggul Derdap,

Sik, Kedah.

 

Pendidikan : Sekolah Rendah Melayu,

Sik, Kedah (1938 – 1946)

  : Maktab Sultan Abdul Hamid,

Alor Setar, Kedah. (1947 – 1953)

  : Australian National University,

Canberra, Austaralia (1968 – 1971)

B.A. in Malay Studies

  : Universiti Sains Malaysia (USM),

Pulau Pinang (1972 – 1974)

Ijazah Sarjana Muda

Kerjaya : Guru di Grammar English School,

Kuala Terengganu, (Jan. 1954 – Ogos 1954)

  : Pegawai Kadet,

Askar Melayu Diraja,

Port Dickson (Sept.1954 – Jun 1955)

  : Guru Bahasa Inggeris

di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar, Kedah

(1 Ogos 1955 – 31 Dis. 1956)

  : Guru Bahasa Inggeris

di  Sekolah Bukit Besar,

Kota Sarang Semut, Kedah (1 Jan. 1957 – 13 Jan. 1962)

  : Guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu

di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah. (14 Jan. 1962 – 31 Dis. 1963)

  : Guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu

di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah. (1 Jan. 1964 – Jul. 1968)

  : Pegawai Penyelidik

Bahagian Perkamusan English-Melayu,

Faculty of Asian Studies,

Australian National University (Ogos 1968 – 31 Dis. 1970)

 

 

  : Pengarah

di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

(1 Jan. 1971 – 15 Sept. 1971)

 

  : Tutor

di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia

(1 Okt. 1971 – 14 Feb. 1974)

  : Pensyarah

di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia,

(15 Feb. 1974 – 31 Okt. 1979)

  : Profesor Madya

di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia,

(1 Nov. 1979 – 30 Jun 1982)

  : Profesor Kesusasteraan

di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia,

(1 Jul. 1982 – Ogos 1993)

  : Profesor Emeritus

di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia,

(Sept. 1993 – hingga kini)

 

 

PENGALAMAN PENTADBIRAN UNIVERSITI

 

Timbalan Dekan,

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Universiti Sains Malaysia

(1 Mei 1976 – 30 Apr. 1978)

 

Dekan,

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Universiti Sains Malaysia

(1 Mei 1978 – 30 Sept. 1982)

 

Pengarah,

Pusat Islam,

Universiti Sains Malaysia

(1 Mac 1984 – Dis. 1996)

 

PENGLIBATAN LAIN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Ahli Majlis,

Universiti Sains Malaysia

(Jan. 1982)

 

Ahli Senat,

Universiti Sains Malaysia

(1 Mei 1978)

 

Mewakili Majlis

Universiti Sains Malaysia sebagai Ahli

Jawatankuasa Bertindak Pelaksanaan Dasar Bahasa Malaysia

(26 Apr. 1988 – Dis. 1996)

 

Ahli Jawatankuasa Penetapan dan

Penyemakan Gaji untuk Staf Akademik

Pentadbiran, Universiti Sains Malaysia

(Jan. 1988 – Dis. 1996)

 

Panel Penasihat Penagih Dadah

Universiti Sains Malaysia

(Mei 1984 – Dis. 1996)

 

Pengerusi,

Qariah Masjid Al Malik Khalid

Universiti Sains Malaysia

(Mac 1984 – Dis 1996)

 

Anggota Jawatankuasa

Penyelaras Siri Syarahan Umum

Universiti Sains Malaysia

(Jan. 1994 – Dis. 1996)

 

Ahli Jawatankuasa Kecemerlangan

Universiti Sains Malaysia

(1987)

 

Ahli Jawatankuasa Pengkajian Semula

Sistem Pengajian

Universiti Sains Malaysia

(Mei 1990-Dis. 1996)

 

Penasihat

Persatuan bahasa Malaysia

Universiti Sains Malaysia

(1988/1989)

 

 

 

Ahli Jawatankuasa Mengkaji Penubuhan

Sekretariat Tetap Falsafah dan Sains Islam

Universiti Sains Malaysia, 1989

 

Penasihat

Persidangan Sedunia

Takwim Islam Antarabangsa,

Universiti Sains Malaysia, 1990

 

Ahli Lembaga

Hal Ehwal Agama Islam

Universiti Sains Malaysia

(1984 – Dis. 1996)

 

Penasihat,

Seminar Kepimpinan Pelajar Asean,

Majlis Perwakilan Pelajar,

Universiti Sains Malaysia, 1991

 

Pengerusi,

Jawatankuasa Maulidur Rasul,

Universiti Sains Malaysia

(1984 – 1996)

 

Pengerusi,

Ijtima’ dan Muzakarah,

Pusat Islam,

Universiti Sains Malaysia

(1987 – 1996)

 

Ahli Majlis Bersama Jabatan bagi

Staf Akademik & Pentadbiran,

Universiti Sains Malaysia, 1988

 

Presiden,

Persatuan Staf Islam,

Universiti Sains Malaysia

1988/1989

 

Pengerusi,

Jawatankuasa Dasar Hadanah

Pusat Islam,

Universiti Sains Malaysia

1985 – 1996

 

Pengerusi

Jawatankuasa Penilai Awal (Bidang Sastera)

Untuk Jawatan Profesor Madya,

Universiti Sains Malaysia, 1989

 

Ahli Jawatankuasa Pemilihan Jawatan Profesor,

Universiti Sains Malaysia

(1986 – 1996)

 

Ahli Jawatankuasa Penilaian semula

Rancangan Matrikulasi,

Universiti Sains Malaysia

(1987)

 

Ahli Jawatankuasa

Tabung Amanah Anak-anak Yatim Rahim Darus

Universiti Sains Malaysia

(1987 – 1996)

 

Pengerusi,

Jawatankuasa Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan

Universiti Sains Malaysia, 1988

 

Ahli Jawatankuasa Perancang Akademik

Universiti Sains Malaysia

(1983 – 1993)

 

Ahli Panel Forum

‘Kemerdekaan: Tuntutan & Cabaran’

Sempena Perayaan 41 tahun Merdeka

anjuran Universiti Sains Malaysia

(20 Ogos 1998)

 

 

PENGLIBATAN DALAM KEGIATAN AWAM

Anggota Panel Anugerah Sasterawan Negara

(1987 – 1992)

 

Ahli Majlis Agama Islam,

Jabatan Agama Islam,

Pulau Pinang & Seberang Prai,

(Jan. 1987 – Dis. 1989)

 

Ahli Panel Hadiah Sastera Malaysia,

Dewan Bahasa dan Pustaka

(1987 – 1992)

 

Ahli Lembaga Pengelola

Dewan Bahasa dan Pustaka

(16 Ogos 1988 – 15 Ogos 1992)

 

 

 

Pengerusi,

Jawatankuasa Pakar Runding

Ensiklopedia Sejarah & Kebudayaan Melayu

Dewan Bahasa dan Pustaka

(Mac 1990 hingga sekarang)

 

Kolumnis Tetap Ruangan Akademik

Utusan Malaysia setiap hari Rabu

Jan. 1990 – Dis. 1992

 

Kolumnis,

Majalah Tamadun,

Penerbitan Muttaqin

Kuala Lumpur (1995 – sekarang)

 

Ahli Majlis

Penasihat Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan

Kuala Lumpur

(1976 – 1989)

 

Pengerusi,

Panel Hadiah Sastera Berunsur Islam

Yayasan Pelajar Islam

(1987 – 1989)

 

Ketua,

Perkumpulan Seni Sari Budaya Seri Kedah

(1957 – 1975)

 

Ketua Satu,

Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)

(1976 – 1980)

 

Ketua Satu

Gabungan Sasterawan Sedar (GATRA)

Kedah.

(1957 – 1962)

 

Penaung

Institut Teknologi Ibn Sina

Kuala Lumpur

(1994 – sekarang)

 

Ahli Lembaga

Institut Teknologi Mutiara

Pulau Pinang

(1996 – sekarang)

 

 

Penaung,

Persatuan Muhamadiyah Pulau Pinang

(1998 – sekarang)

 

Pengerusi,

Jawatankuasa Pentadbiran

Surau Changkat Minden,

Glugor, Pulau Pinang.

(1990 – 1999)

 

Penasihat,

Sekolah Bimbingan Islam

dan Pusat Jagaan Pendidikan Khas (Nasyiatul Aisyah)

Balik Pulau

 

Pakar Rujuk

Dasar Pelancongan Negeri Kelantan

Oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan

(20 Ogos 1998)

 

Merasmi Majlis Minggu Sastera

dan Pelancongan Cerpen Guru anjuran

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

23 Nov. 1998

 

Pakar Rujuk

Dasar Kebudayaan Kebangsaan Negeri Kelantan

Oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan

(1997 – sekarang)

 

Ahli Parlimen Sik (P.13) 1999

 

Kolumnis

ruangan Pabila Hujan Turun

majalah Dewan Sastera

(Okt. 2010 – sekarang)

   

 

ANUGERAH

Anugerah Pejuang Sastera, 1976

 

KMN (Kesatria Mangku Negara) oleh

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, 1977

 

DSDK (Dato’ Setia Diraja Kedah) oleh

DYMM Sultan Kedah, 1980

 

Anugerah Sasterawan Negara, 1982

 

 

Anugerah Asean II: Kebudayaan, Komunikasi & Persuratan

(Kesusasteraan) Singapura, 1990.

 

Anugerah Ma’al Hijrah peringkat

Universiti Sains Malaysia, 1999

 

 

HADIAH PENULISAN

Hadiah Sastera Malaysia 1973.  Kategori novel Srengenge

 

Hadiah Anugerah Sastera Malaysia 1988/1989, Kategori Novel Tunggul-tunggul Gerigis

 

Hadiah Sastera Malaysia 1990/1991, Kategori Novel Patriach

 

Hadiah Sastera Malaysia 1994/1995,

Kategori Kumpulan Esei/Kritikan, Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya

 

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/1997, Kategori Esei/Kritikan Eceran, Azab Allah : Juzuk Yang Digeruni dalam Sastera Islam

Kategori Cerpen Eceran “Oooooo”

 

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/1999, Kategori Esei/Kritikan Sastera Eceran, Sentimentalisi – Sensibiliti Sebagai Titik Tolak

 

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003

Kategori A (Buku)

Lamunan Puitis Sebuah Trilogi

 

Tempat Ketiga.  Hadiah Sayembara Mengarang Jubli Emas DBP 2007

Novel Mahabbah

 

Tempat Kedua.  Sayembara Mengarang Sempena 50 tahun Merdeka.  Kategori cerpen, Kepikunan

 

Hadiah Sastera MASTERA ke 6 2007/2008

Karya Kreatif terbaik Negara Malaysia

Judul Mahabbah (novel)

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: